KUCHING: Seramai 10 Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak mengangkat sumpah bagi jawatan tersebut dihadapan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang berlangsung di Wisma Bapa Malaysia, pada Khamis.
Majlis angkat sumpah itu dimulakan Maurice Joannes Giri, Sarkawi Suhaili, Dr. Richard Rapu, Alexander Asing Sadai, Edwin Banta dan Beatrice Kedoh Tajang.
Upacara sama diikuti Daniel Bujal, Soo Li Ching, Sayed Azmee Wan Junaidi dan Awangku Jinal Abedin Dato Pengiran Jawa.
Hadir sama bagi menyaksikan majlis itu ialah Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Lee Kim Shin, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi dan Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Dr Hazland Abang Hipni. -EDISI UKAS
Sumber dari : UKAS